PEMBANTU KAJI SELIDIK / RESEARCH ASSISTANT
 
 

Sebagai seorang Pembantu Kaji Selidik anda ditugaskan menjalankan kaji selidik- kaji selidik kami secara Offline (secara bertulis dan bersemuka dengan responden). Secara Offline tiada sebarang had ditetapkan untuk jumlah borang kaji selidik yang boleh dikemukkan kepada pihak syarikat. Jumlah kaji selidik yang boleh dijalankan adalah mengikut keupayaan Pembantu Kaji Selidik sendiri.

Sebagai seorang Pembantu Kaji Selidik anda haruslah seorang yang amanah dan sentiasa memastikan setiap borang kaji selidik yang dikemukakan kepada pihak syarikat mengikuti demografi (syarat) yang ditetapkan dan mengikut jumlah keperluan pencapaian minima sebulan.

Setiap Pembantu Kaji Selidik akan disediakan dengan sekurang-kurangnya 4 Tajuk Kaji Selidik yang berlainan sewaktu permulaan kerja dan anda boleh memilih untuk menjalankan kesemuanya ataupun mana-mana tajuk yang mampu dijalankan selepas dilantik dan menjalani latihan yang disediakan.

Latihan intensif yang disediakan pihak syarikat akan dijalankan setiap minggu dipusat latihan syarikat bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan dan sebulan sekali di Kuala Lumpur. Latihan ini adalah wajib disertai sekiranya anda ingin memulakan kerjaya sebagai Pembantu Kaji Selidik bersama syarikat. Anda hanya perlu mengahadirkan diri untuk salah satu sesi latihan kami iaitu di Port Dickson ataupun di Kuala Lumpur.

Sila buat pengesahan tarikh pernyertaan anda untuk sesi latihan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh latihan dijalankan. Anda diingatkan bahawa untuk menyertai sesi latihan di Kuala Lumpur anda diperlukan membayar kos latihan sebanyak RM60.00 sahaja ataupun untuk sesi latihan di Port Dickson pula hanya RM100.00. Kos tersebut termasuk makan ringan pagi, makan tengah hari dan survey kit untuk peserta sesi latihan di Kuala Lumpur dan kos pengangkutan pergi balik, penginapan 1 malam, sarapan pagi, makan tengan hari termasuk survey kit untuk peserta sesi latihan di Port Dickson.

Adalah dimaklumkan bahawa 3 bulan pertama anda bersama syarikat adalah tempoh percubaan dimana pihak syarikat menilai kesesuian anda menjalankan tugas dan keupayaan anda mencapai keperluan (target) minima yang ditetapkan. Semasa 3 bulan pertama anda akan dikenali sebagai Pelatih (Trainee) Pembantu Kaji Selidik.

Pembantu Kaji Selidik dibenarkan menjalankan kaji selidik keatas sesiapa sahaja termasuk kaum keluarga, rakan sekerja, kenalan, jiran dan lain-lain sekiranya mereka layak mengikut syarat (demografi) yang ditetapkan syarikat.

Pendapatan Pembantu Kaji Selidik

Anda boleh memilih diantara dua pilihan seperti dibawah ini:


Sepenuh Masa:

  1. Anda akan menerima RM1200.00 (Gaji) + Elaun Pengangkutan RM150.00 + Elaun Talipon Bimbit RM150.00 + Bonus Pencapaian Bulanan RM300.00 = RM1800.00

Nota: Gaji + Elaun + Bonus tertakluk kepada anda mencapai keperluan minima 240 borang kaji selidik yang sah sebulan. Bermaksud 10 borang kaji selidik x 24 hari bekerja sebulan. Elaun talipon bimbit disediakan untuk anda berhubung dengan pihak syarikat (sekiranya perlu) dan untuk berhubung dengan pihak responden untuk memastikan responden menebus hadiah-hadiah sagu hati seperti yang disediakan syarikat dari semasa kesemasa.

Separuh Masa:

  1. Anda akan menerima RM5.00 untuk setiap borang kaji selidik layak yang dikembalikan mengikut demografi (syarat) yang ditetapkan.

Nota: Pembayaran tertakluk kepada pencapaian minima 60 borang kaji selidik yang sah sebulan. Bermaksud sekurang-kurangnya 2 borang kaji selidik sehari dan terkumpul sebanyak 180 borang kaji selidik yang sah dalam tempoh 3 bulan pertama selepas memulakan tugas.