|
1) Bilakah syarikat ini (Pacific Alliance Solutions Sdn. Bhd.) ditubuhkan?
2) Apakah fokus utama perniagaan syarikat ini?
3) Sudah berapa lamakah syarikat ini mempromosikan PABP?
4) Apa itu PABP?
5) Bagaimanakah caranya untuk saya menyertai PABP?
6) Apakah perbezaan di antara Responden Kaji Selidik dengan Konsultan Projek?
7) Perlukah saya membayar sejumlah wang untuk mendaftar sebagai Responden Kaji Selidik?
8) Adakah saya layak untuk menjadi Responden Kaji Selidik?
9) Perlukah saya membayar sejumlah wang untuk mendaftar sebagai Konsultan Projek?
10) Adakah saya layak untuk menjadi Konsultan Projek?
11) Apakah perbezaan di antara jumlah yuran keahlian RM398.00 dan RM698.00 yang dikenakan dibawah tahap kemasukan Konsultan Projek Junior?
12) Mengapakah anda menghadkan keahlian selama satu (1) bulan sahaja dibawah pakej kemasukan Pelatih?
13) Apakah perbezaan di antara jumlah yuran keahlian RM1980.00, RM2980.00 dan RM3980.00 yang dikenakan dibawah tahap kemasukan Konsultan Projek Senior?
14) Jika saya menyertai sebagai Konsultan Projek Pelatih atau Konsultan Projek Junior, bolehkan saya menaiktaraf keahlian saya kepada Konsultan Projek Junior atau Konsultan Projek Senior sebelum tarikh luput keahlian?
15) Bolehkah saya membayar secara atas talian menggunakan kad kredit?
16) Bolehkah saya membayar terus di pejabat syarikat ini? Ke mana harus saya pergi?
17) Saya difahamkan bahawa saya boleh mendaftar untuk perkhidmatan TM seperti Streamyx, Let’s Talk, Celcom dan sebagainya untuk melayakkan diri ke tahap kemasukan Konsultan Projek Pelatih?
18) Apakah kelebihan yang ditawarkan dalam keahlian sebagai Projek Konsultan Pelatih?
19) Apakah kelebihan yang ditawarkan dalam keahlian sebagai Projek Konsultan Junior?
20) Apakah kelebihan yang ditawarkan dalam keahlian sebagai Projek Konsultan Senior?
21) Bilakah saya boleh memperolehi ID dan kata laluan PABP?
22) Bilakah saya boleh menggunakan panel kawalan dan akaun emel PABP?
23) Jika saya mempunyai masalah teknikal berkaitan akaun PABP, siapa yang perlu saya hubungi?
24) Untuk Kaji Selidik atas talian yang telah saya agih dan uruskan, bilakah pembayaran kepada saya akan dibuat?
25) Jika saya memutuskan untuk tidak lagi meneruskan projek bersama PABP, bolehkah saya mendapatkan semula wang pendaftaran yang telah dibuat semasa Langkah 2?
26) Bolehkah saya bekerja lebih dari hari bekerja mengikut kalendar pada mana-mana bulan?
27) Bolehkah saya merujuk sesiapa untuk menyertai PABP?
28) Apakah bentuk insentif yang bakal saya perolehi jika saya merujuk mana-mana rakan perniagaan untuk menyertai PABP?
29) Apakah bentuk pendapatan lain yang ditawarkan oleh PABP?
30) Kenapa saya perlu menyertai PABP?
31) Apakah jaminan yang dapat anda berikan kepada saya berkaitan PABP dan juga kejayaan saya dalam program ini?
32) Apakah kaitan di antara PABP dan TM, Celcom, Maxis dan lain-lain?
33) Adakah PABP suatu program yang dianjurkan oleh Faratech Corporation (M) Sdn Bhd?
34) Apakah hubung kait antara Pacific Alliance Solutions Sdn Bhd dan Kannal Solutions Sdn Bhd?
35) Berapa ramaikah yang telah berdaftar dengan PABP sehinga kini?
36) Adakah anda mengiklankan PABP media massa dan media cetak utama?
37) Mengapa anda tidak menyediakan maklumat yang lebih mendalam tentang PABP di dalam Bahasa Melayu?
38) Adakah PABP hanya untuk golongan terpelajar yang fasih berbahasa Inggeris?
39) Mengapa pihak syarikat tidak menggaji pekerja untuk bertugas sebagai Konsultan Projek?
40) Adakah anda mempunyai pejabat atau cawangan selain daripada di Kelana Jaya?
41) Baiklah. Saya ingin menyertai program ini tetapi bolehkah saya meneruskan program ini sebagai Konsultan Projek Pelatih atau Konsultan Projek Junior setelah tamat tempoh yang diberikan?
42) Apakah perbezaannya di antara Mendapat Ganjaran dengan menjawab Kaji Selidik atas talian dengan Mendapat Ganjaran dengan mengagihkan Kaji Selidik atas talian?
43) Untuk emel yang akan dihantar, adakah satu format tertentu yang akan diberikan atau saya perlu menulis emel itu sendiri untuk setiap satu kaji selidik? Untuk setiap kaji selidik, adakah syarikat ini akan membekalkan borang kaji selidik yang berbeza?
44) Kami dibenarkan untuk menghantar 10 jemputan kaji selidik setiap hari. Mengapakah kami dihadkan sedemikian rupa?
45) Sila terangkan tentang pembayaran. Bagaimanakah ia akan dilaksanakan? Bilakah kami akan dibayar? Bagaimanakah bayaran itu akan dibuat?
46) Kebiasaanya, adakah setiap responden kaji selidik akan menjawab setiap kaji selidik yang dihantar kepadanya? Tidakkan mereka bertanggungjawab untuk menjawab sedangkan mereka telah mendaftar untuk menjadi responden kaji selidik? Jika mereka tidak menjawab kaji selidik yang telah dihantar, apakah tindakan lanjut yang perlu diambil?
47) Adakah semua keahlian Konsultan Projek layak untuk mendapatkan pinjaman? Apakah jumlah minimum dan maximum pinjaman tersebut? Berapakah jangkamasa yang diperlukan untuk bayaran semula pinjaman itu?
48)Apakah jenama komputer peribadi atau notebook yang disediakan oleh pihak syarikat untuk Projek Konsultan Senior? Bagaimana pula dengan penyedia akses internet jalur lebar?
49) Adakah kami memerlukan jalurlebar untuk menyelesaikan sesuatu tugas dengan efisien? Tidak mencukupikah dengan hanya menggunakan sambungan “dial-up”?
50)Sebagaimana yang dimaklumkan oleh salah seorang rakan, beliau telah menjawab Kaji Selidik TMBP yang disediakan oleh PA Solutions dengan jayanya. Saya amat gembira dan terus menyemak status saya menggunakan ID dan kata laluan yang diberi. Malangnya, status pendapatan saya bertanda “0”. Mengapakah itu terjadi?
51) Bolehkah saya menukar kata laluan yang telah diberikan oleh PA Solutions?
52) Bagi responden kaji selidik yang berada di luar kawasan Lembah Klang, adakah mereka perlu datang ke Kelana Jaya untuk menebus hadiah yang dijanjikan?
53) Bolehkah tugas ini di jalankan secara separuh masa?
54) Bolehkah saya mempunyai akses ke ruangan ahli sebelum mendaftar untuk melihat bagaimana kaji selidik dijalankan?
55) Adakah menjadi satu kewajipan untuk menghadiri Preview PABP? Jika ya, bilakah waktu preview itu dijalankan dan di manakah ia akan diadakan?
56) Apakah perniagaan utama PABP?
57) Apakah barangan serta perkhidmatan yang kami boleh tawarkan sebagai seorang “Reseller” di dalam PABP?
58) Sekiranya emel yang dihantar telah ditolak atau pun tidak sah, adakah pihak syarikat akan menggantikan dengan pangkalan data email yang baru?
59) Secara amnya, di peringkat manakah kebanyakan Konsultan Projek menyertai program ini?
60) Berapakah purata kadar maklumbalas daripada kaji selidik yang diterima oleh Konsultan Projek untuk Kaji Selidik Atas Taline TMBP ini?
61) Apakah proses seterusnya selepas Responden Kaji Selidik menjawab jemputan untuk menyertai sesuatu kaji selidik? Adakah saya akan dibayar secara serta-merta?
62) Adakah pihak syarikat menjalankan pengesahan kaji selidik semasa hari bekerja, hujung minggu atau selepas waktu kerja?
63) Adakah kami perlu memberitahu pihak syarikat maklumat berkenaan kenalan kami sebelum kami menghantar jemputan kaji selidik kepada mereka?
64) Bagaimanakah pihak syarikat anda mendapat keuntungan melalui program perniagaan ini?
65)Keahlian 1 bulan PABP saya sudah tamat tempoh. Adakah perlu saya membayar semula untuk sambung keahlian untuk tempoh sebulan lagi?
66)Kenapa saya menerima respon yang agak rendah daripada responden kaji selidik yang disediakan oleh pihak syarikat?
67)“Down-liner” (rakan dan kenalan yang dirujuk) saya tidak dapat menyertakan nama saya di dalam borang pendaftaran atas talian dan kadangkala apabila mereka menyertakan nama saya, ianya tidak dipaparkan di dalam panel kawalan keahlian saya di bawah “Rujukan”. Bolehkah masalah ini diatasi?
68)Saya telah mendaftar pada 12hb Februari 2008 dan membuat pembayaran sebanyak RM698.00 melalui PBebank ke akaun Maybank2u. Bila agaknya saya akan mendapat pakej keahlian saya?
69)Pada 24hb Januari 2008, saya telah membuat pembayaran melalui Mesin Deposit Wang Tunai (Cash Deposit Machine) Maybank, tetapi sehingga hari ini (13hb Februari 2008) saya masih lagi belum menerima pakej keahlian saya. Kenapa syarikat mengambil tempoh yang begitu lama untuk memproses keahlian saya?
70)Saya ingin membayar melalui Maybank2u.com. Apakah yang perlu saya lakukan untuk memastikan pihak syarikat tahu akan status pembayaran berkenaan?
1) Bilakah syarikat ini (Pacific Alliance Solutions Sdn. Bhd.) ditubuhkan?
Syarikat kami telah ditubuhkan pada tahun 1974.
2) Apakah fokus utama perniagaan syarikat ini?
Fokus utama perniagaan kami ialah Perkhidmatan Pemasaran Kreatif dan Bersepadu di mana kami membentu klien kami untuk mewujudkan minat pelanggan terhadap perniagaan mereka, mempertingkatkan kesedaran di dalam pasaran tentang produk dan perkhidmatan klien kami serta secara lansung mewujudkan jenama untuk klien kami.
3) Sudah berapa lamakah syarikat ini mempromosikan PABP?
Kami telah membangunkan Pacific Alliance Business Programme (PABP) sejak awal 2007 tetapi kami telah melancarkan portal PABP (http://www.pabp.biz ) di dalam bulan Oktober 2007.
4) Apa itu PABP?
PABP ialah sebuah Rancangan Perniagaan dibina untuk mewujudkan peluang-peluang kepada para ahli untuk memperolehi peluang pendapatan melalui pelbagai saluran. Kami juga telah mewujudkan Sistem Pintar Pengedaran Kaji Selidik Atas Talian yang membantu kami mengumpul maklumbalas daripada pengguna, pelayar internet, pekerja dan lain-lain melalui pelbagai kaji selidik yang dijalankan dari masa ke semasa. Ini memberikan kami maklumat pasaran yang berguna untuk kegunaan klien dan rakan perniagaan kami.
5) Bagaimanakah caranya untuk saya menyertai PABP?
Terdapat dua cara di mana anda boleh menyertai PABP. Pertama ialah sebagai Responden Kaji Selidik dan kedua sebagai Konsultan Projek.
6) Apakah perbezaan di antara Responden Kaji Selidik dengan Konsultan Projek?
Responden Kaji Selidik ialah seseorang dijemput oleh pihak kami untuk menyertai kaji selidik atas talian di mana responden dikehendaki menjawab satu set soalan berkaitan maklumat diri responden dan juga yang berkaitan dengan tajuk kaji selidik tertentu. Lazimya, kaji selidik itu akan di emel kepada pihak responden oleh Konsultan Projek yang telah dilantik. Apabila responden selesai menjawab kaji selidik tersebut, responden akan diberikan hadiah penghargaan percuma (bukan dalam bentuk wang ringgit) yang berkaitan dengan kaji selidik yang telah dijalankan.
Responden Kaji Selidik biasanya dikenalpasti melalui pengkalan data pengguna dari seluruh negara yang mempunyai lebih kurang 1,000,000 responden berdaftar yang kami kumpul melalui perolehan pengkalan data atau melalui pendaftaran responden yang dibuat melalui Borang Pendaftaran atas talian.
Konsultan Projek ialah seseorang yang telah memilih untuk menyertai Program Perniagaan kami agar memperoleh pelbagai peluang pendapatan. Peluang pendapatan ini boleh diperolehi melalu pengagihan Kaji Selidik atas talian atau pun melalui penjualan semula pelbagai produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh PABP. Di dalam PABP, seseorang Konsultan Projek mempunyai lebih kurang 8 – 10 kelebihan yang menyediakan peluang pendapatan antara RM 1000.00 hingga RM 9000.00++ setiap bulan.
Kembali ke atas
7) Perlukah saya membayar sejumlah wang untuk mendaftar sebagai Responden Kaji Selidik?
Tidak. Anda boleh mendaftar sebagai Responden Kaji Selidik kami dengan hanya melengkapkan borang pendaftaran atas talian kami. Setelah ianya lengkap, anda akan dimasukkan kedalam pengkalan data kami secara automatik dan akan menerima satu pengesahan permohonan melalui emel. Setelah itu, anda akan dijemput untuk menjadi responden kepada kaji selidik yang telah kami sediakan.
Kembali ke atas
8) Adakah saya layak untuk menjadi Responden Kaji Selidik?
Jika anda berusia 18 tahun ke atas dan merupakan seorang warganegara Malaysia ataupun seorang warganegara asing berstatus sah, anda boleh memohon. Di dalam situasi tertentu, kami mungkin akan menerima responden berusia di bawah 18 tahun, bergantung kepada keperluan tahap umur yang ditetapkan oleh klien kami.
Kembali ke atas
9) Perlukah saya membayar sejumlah wang untuk mendaftar sebagai Konsultan Projek?
Terdapat 3 tahap kemasukan ke dalam Program Perniagaan kami bagi memudahkan penyertaan kepada sesiapa yang layak. Anda boleh memilih untuk mendaftar sebagai Pelatih, Junior atau Senior. Yuran berikut adalah dikenakan untuk setiap tahap kemasukan:
a)Pelatih – RM98.00 (Keahlian 1 bulan)
b)Junior – RM398.00 atau RM698.00 (Keahlian 6 bulan)
c)Senior – RM1980, RM2980 atau RM3980 (Keahlian 24 bulan)
10) Adakah saya layak untuk menjadi Konsultan Projek?
Selagi anda berusia 18 tahun ke atas dan merupakan seorang warganegara Malaysia ataupun seorang warganegara asing berstatus sah di Malaysia, anda boleh memohon untuk jawatan Konsultan Projek.
11) Apakah perbezaan di antara jumlah yuran keahlian RM398.00 dan RM698.00 yang dikenakan dibawah tahap kemasukan Konsultan Projek Junior?
Perbezaan tersebut wujud oleh disebabkan kelayakan dan kelebihan yang ditawarkan berbeza untuk setiap pakej. Apabila anda mendaftar di bawah pakej Junior RM698.00, anada layak untuk menghantar 10 jemputan kaji selidik untuk setiap DUA (2) kaji selidik yang berbeza setiap hari. Untuk pakej Juniot RM398.00, anda hanya boleh menghantar 10 jemputan kaji selidik untuk SATU (1) kaji selidik setiap hari. Ini bermakna, peluang pendapatan anda adalah lebih tinggi dibawah pakej kemasukan RM698.00.
(Sila klik di sini untuk melihat kelebihan sebagai Konsultan Projek Junior)
12)Mengapakah anda menghadkan keahlian selama satu (1) bulan sahaja dibawah pakej kemasukan Pelatih?
Tahap kemasukan sebagai Pelatih adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada para ahli mengenai program perniagaan dan juga bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperoleh pendapatan melalui PABP agar dapat dilaburkan untuk keahlian jangka masa panjang kelak. Tahap kemasukan Pelatih boleh disamakan dengan tempoh percubaan dalam situasi yang normal.
13) Apakah perbezaan di antara jumlah yuran keahlian RM1980.00, RM2980.00 dan RM3980.00 yang dikenakan dibawah tahap kemasukan Konsultan Projek Senior?
Perbezaan tersebut wujud oleh disebabkan kelayakan dan kelebihan yang ditawarkan berbeza untuk setiap pakej. Apabila anda mendaftar di bawah pakej Senior RM1980.00, anda layak untuk menghantar 10 jemputan kaji selidik untuk setiap SATU (1) kaji selidik yang berbeza setiap hari. Untuk pakej Senior RM2980.00, anda boleh menghantar 10 jemputan kaji selidik untuk DUA (2) kaji selidik setiap hari. Untuk pakej Senior RM3980.00, anda boleh menghantar 10 jemputan kaji selidik untuk TIGA (3) kaji selidik setiap hari.
Kembali ke atas
(Sila klik di sini untuk melihat kelebihan sebagai Konsultan Projek Senior)
14) Jika saya menyertai sebagai Konsultan Projek Pelatih atau Konsultan Projek Junior, bolehkan saya menaiktaraf keahlian saya kepada Konsultan Projek Junior atau Konsultan Projek Senior sebelum tarikh luput keahlian?
Ya, anda boleh menaiktaraf keahlian anda pada bila-bila masa walaupun selepas tarikh luput keahlian.
Kembali ke atas
15) Bolehkah saya membayar secara atas talian menggunakan kad kredit?
Tidak. Setakat ini pihak kami hanya menerima bayaran secara tunai atau cek yang ditulis kepada akaun Maybank kami. Untuk kemudahan ahli, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan perbankan internet melalui Maybank2u.com dimana semua bayaran akan disalurkan terus kepadan akaun peribadi pengarah syarikat.
Kembali ke atas
16) Bolehkah saya membayar terus di pejabat syarikat ini? Ke mana harus saya pergi?
Ya. Anda boleh datang sendiri ke pejabat kami yang beralamat seperti berikut:
Unit 210, Tingkat 2, Lobby A, Blok A, Kelana Center Point, Kelana Jaya.
Anda boleh mendapatkan informasi lengkap mengenai lokasi kami di bahagian “SUPPORT”
17) Saya difahamkan bahawa saya boleh mendaftar untuk perkhidmatan TM seperti Streamyx, Let’s Talk, Celcom dan sebagainya untuk melayakkan diri ke tahap kemasukan Konsultan Projek Pelatih?
Ya, setakat 31 Disember 2007, program kami membenarkan akses kepada keahlian melalui pendaftaran produk serta perkhidmatan TM yang tertentu. Namun, sejak 1 Januari 2008, kesemua akses keahlian hanya boleh dibuat melalui tiga cara yang telah disebut di atas (Konsultan Projek Pelatih, Junior, Senior). Ini adalah kerana mulai 1 Januari 2008, kesemua Projek Konsultan akan dilantik secara automatik menjadi “Reseller” untuk semua produk serta perkhidmatan yang dipromosikan oleh pihak syarikat termasuklah produk dan perkhidmatan Telekom Malaysia. Oleh itu, anda berpeluang untuk mendaftar mana-mana produk atau perkhidmatan TM secara terus menggunakan kod “reseller” anda dan nikmatilah kelebihan yang ditawarkan termasuklah komisen serta diskaun.
Kembali ke atas
18) Apakah kelebihan yang ditawarkan dalam keahlian sebagai Projek Konsultan Pelatih?
(Sila klik di sini untuk melihat kelebihan sebagai Konsultan Projek Pelatih)
19) Apakah kelebihan yang ditawarkan dalam keahlian sebagai Projek Konsultan Junior?
(Sila klik di sini untuk melihat kelebihan sebagai Konsultan Projek Junior)
20) Apakah kelebihan yang ditawarkan dalam keahlian sebagai Projek Konsultan Senior?
(Sila klik di sini untuk melihat kelebihan sebagai Konsultan Projek Senior)
21) Bilakah saya boleh memperolehi ID dan kata laluan PABP?
Dalam tempoh 2 hari bekerja selepas pendaftaran dan pembayaran dibuat. Di masa hadapan, anda akan memperolehinya secara automatik selepas selesai pendaftaran dan pengesahan bayaran.
22) Bilakah saya boleh menggunakan panel kawalan dan akaun emel PABP?
Sejurus selepas anda menerima ID dan Kata Laluan PABP. Juga, sejurus anda menerima kata laluan emel PABP. Kedua-duanya akan di hantar melalui emel kepada anda dalam masa 2 hari bekerja selepas pengesahan pembayaran.
Kembali ke atas
23) Jika saya mempunyai masalah teknikal berkaitan akaun PABP, siapa yang perlu saya hubungi?
Sila hubungi kami di alamat emel admin@pabp.biz atau pun menghubungi kami di talian bantuan 012-370 5170 or 012-370 5143. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi mana-mana nombor telefon yang tertera di laman web jika talian bantuan kami sibuk.
Kembali ke atas
24) Untuk Kaji Selidik atas talian yang telah saya agih dan uruskan, bilakah pembayaran kepada saya akan dibuat?
Pada kebiasaannya kami akan membayar untuk setiap 10 kaji selidik dalam tempoh 14 hari daripada tarikh emel kesepuluh yang dijawab. Namun, terdapat juga kelewatan dalam pembayaran disebabkan masalah pengesahan borang kaji selidik yang telah dijawab. Buat masa ini, kami mengamalkan pembayaran secara serta-merta selepas proses pengesahan dan kutipan hadiah penghargaan oleh pihak Responden Kaji Selidik.
Kembali ke atas
25) Jika saya memutuskan untuk tidak lagi meneruskan projek bersama PABP, bolehkah saya mendapatkan semula wang pendaftaran yang telah dibuat semasa Langkah 2?
Tidak boleh. Di PABP, kami mengamalkan polisi tiada pemulangan serta tiada jangkamasa “cooling-off”. Oleh kerana kami telah menyertakan semua maklumat sebelum seseorang itu menyertai kami dan oleh kerana kami membenarkan seseorang itu mengambil masa sebelum membuat keputusan muktamad untuk menyertai kami, kami merasakan apa-apa bentuk pemulangan tidak wajar sekiranya seseorang itu menukar fikiran di suatu waktu yang lain. Kami dengan tegas mengesyorkan agar semua pihak yang berkenaan untuk memahami program kami sepenuhnya dan mendapatkan penjelasan lanjut sekiranya perlu sebelum mereka menyertai kami. Ini akan memastikan agar tiada komplikasi berlaku untuk jangka masa panjang.
Kembali ke atas
26) Bolehkah saya bekerja lebih dari hari bekerja mengikut kalendar pada mana-mana bulan?
Ya, anda boleh. Kami mengesyorkan anda bekerja selama 22 hari bekerja dalam sebulan dan pengkalan data emel yang kami sediakan adalah dikira berdasarkan perkara ini. Walaubagaimanapun, jika anda ingin bekerja di hujung minggu atau pada hari cuti umum, itu adalah hak anda dan dalam masa ini anda dibenarkan untuk menggunakan kenalan peribadi (alamat emel) untuk dihantar kaji selidik dan diuruskan selanjutnya.
Kembali ke atas
27) Bolehkah saya merujuk sesiapa untuk menyertai PABP?
Ya. Anda amat digalakkan untuk merujuk rakan-rakan, ahli keluarga dan kenalan untuk menyertai PABP kerana kami akan memberikan anda RM30.00 yuran rujukan untuk seorang Pelatih, RM100.00 yuran rujukan untuk seorang Junior dan RM 150.00 yuran rujukan untuk seorang Senior. Itu bermakna, untuk setiap seorang yang diperkenalkan dan seterusnya mendaftar dalam PABP, anda akan menerima yuran rujukan sewajarnya. Semua yuran rujukan akan dibayar dalam masa 3 hari bekerja.
Kembali ke atas
28) Apakah bentuk insentif yang bakal saya perolehi jika saya merujuk mana-mana rakan perniagaan untuk menyertai PABP?
Kami menawarkan ganjaran kepada setiap pengenalan secara adil. Jika anda terlibat dalam mana-mana rancangan perniagaan, penyampaian dan perolehan sesuatu akaun pelanggan, anda boleh menerima ganjaran di antara 10 – 30% daripada jumlah bayaran yang diterima daripada pelanggan baru tersebut. Jika anda hanya berperanan sebagai pihak yang memperkenalkan pelanggan baru terhadap kami, kami akan memberikan anda RM 500.000 untuk setiap perolehan akaun pelanggan tersebut.
Kembali ke atas
29) Apakah bentuk pendapatan lain yang ditawarkan oleh PABP?
Pada masa ini, kami menyediakan pelbagai peluang pendapatan kepada semua ahli-ahli yang berdaftar. Polisi kami ialah untuk menyediakan peluang pendapatan sebanyak mungkin beserta kelebihannya dan memastikan ganjaran kewangan terhadap ahli.
Kembali ke atas
(Sila klik di sini untuk melihat peluang pendapatan dan kelebihan yang ditawarkan)
30) Kenapa saya perlu menyertai PABP?
Jika anda sedang mencari pendapatan sampingan dan anda ingin mendapatkan pendapatan ini menggunakan kebolehan asas menggunakan komputer, internet dan emel, mengapa tidak? Pernahkah anda mendengar mana-mana pihak lain yang sanggup membayar anda untuk melakukan tugas yang mudah? Manfaat serta peluan pendapatan yang kami tawarkan adalah berpatutan dengan keahlian anda. Tambahan pula, sistem agihan kaji selidik atas talian serta sistem sokongan “reseller” memastikan kejayaan anda sebagai usahawan teknologi yang baru. Kami percaya, anda adalah bijak dan matang untuk membuat keputusan tentang peluang pendapatan yang ada demi mengekalkan kehidupan yang ideal serta memenuhi komitment yang sedia ada.
Kembali ke atas
31) Apakah jaminan yang dapat anda berikan kepada saya berkaitan PABP dan juga kejayaan saya dalam program ini?
Mohon maaf kerana sebenarnya tiada apa dalam dunia ini yang mempunyai jaminan yang tetap. Kami tidak mahu cuba menghancurkan kredibiliti syarikat kami sendiri serta kepercayaan yang diletakkan oleh orang lain terhadap kami sejak tahun 1974 dengan hanya memberi janji kosong serta jaminan yang tidak munasabah. Apa yang boleh kami sampaikan adalah kenyataan dan memberikan maklumat sepenuhnya mengenai Program Perniagaan ini untuk anda membuat keputusan muktamad. Kejayaan atau kegagalan anda bergantung kepada berapa banyak usaha yang ditumpukan oleh anda dalam projek ini.
Kembali ke atas
32) Apakah kaitan di antara PABP dan TM, Celcom, Maxis dan lain-lain?
Pacific Alliance Solutions Sdn Bhd ialah pembangun dan pemilik sistem PABP. Ianya direka untuk menyediakan pelbagai peluang menjana pendapatan khusus untuk para ahli di mana ahli bukan sahaja memperoleh wang melalui pengagihan kaji selidik tetapi juga daripada penjualan semula pelbagai produk serta perkhidmatan yang berkaitan. PABP tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan TM, Celcom, Maxis dan lain-lain. Kami adalah merupakan Rakan Perniagaan yang sah untuk mengedar pelbagai produk serta perkhidmatan di bawah program “reseller” kami.
Kembali ke atas
33) Adakah PABP suatu program yang dianjurkan oleh Faratech Corporation (M) Sdn Bhd?
Tidak. Faratech Corporation (M) Sdn Bhd adalah merupakan fasilitator kepada TMBP dan ITBP tetapi bukan fasilitator kepada PABP. Pacific Alliance Solutions Sdn Bhd ialah Pengedar sah di bawah TMBP dan Pengedar Utama yang sah di bawah IPBP. Kedua-dua TMBP dan IPBP adalah dibawah pengawasan Faratech Corporation (M) Sdn. Bhd. Sila ambil perhatian bahawa, mulai 1 Januari 2008, Faratech telah menukar nama IPBP kepada ITBP.
Kembali ke atas
34) Apakah hubung kait antara Pacific Alliance Solutions Sdn Bhd dan Kannal Solutions Sdn Bhd?
Pacific Alliance Solutions Sdn Bhd menjalankan kempen tele-pemasaran (telemarketing) untuk TMBP dan juga lain-lain klien. Untuk tujuan tersebut, PA Solutions telah menyewa kemudahan pusat panggilan telefon (call center) yang disediakan oleh Kannal Solutions Sdn Bhd dari masa ke semasa. Ditambah lagi, terdapat sebilangan pengarah PA Solutions yang juga merupakan pemegang saham minoriti di dalam syarikat induk Kannal Solutions Sdn Bhd (iaitu Kannaltech Group Bhd)
Kembali ke atas
35) Berapa ramaikah yang telah berdaftar dengan PABP sehinga kini?
Maklumat ini sebenarnya adalah rahsia namun kami dengan gembiranya menyatakan bahawa kami menerima lebih dari 4000 “hits” di dalam laman web kami setiap hari dan kami menerima lebih kurang 300 pendaftaran atas talian setiap hari. Ini merupakan petanda baik untuk kami.
36) Adakah anda mengiklankan PABP media massa dan media cetak utama?
Pada masa ini, kami mengiklankan program kami didalam akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo dan juga melalui Star Online. Kami merupakan syarikat yang agak konservatif dan lebih suka bersederhana di peringkat awal. Justeru, walaupun kami mempunyai pelbagai rancangan yang hebat untuk tujuan pengiklanan di media massa utana, kami mungkin akan menilai semula cadangan ini pada pertengahan tahun ini atau awal tahun depan.
Kembali ke atas
37) Mengapa anda tidak menyediakan maklumat yang lebih mendalam tentang PABP di dalam Bahasa Melayu?
Ya, kami ada menyediakannya. Namun, kami mohon maaf kerana sehingga kini, maklumat yang terdapat dalam bahasa Melayu adalah amat terhad. Kami menjangkakan seluruh lama web kami di alihbahasa ke dalam bahasa Malaysia sekitar pertengahan bulan Mac 2008.
Kembali ke atas
38) Adakah PABP hanya untuk golongan terpelajar yang fasih berbahasa Inggeris?
Sememangnya tidak. Syarat kami adalah mudah dimana seseorang itu perlu melepasi had umur yang sah (iaitu 18 tahun dan ke atas) dan sanggup untuk menurut syarat-syarat yang telah ditetapkan berkaitan PABP. Anda mempunyai masa dan minat. Kami pula bersedia untuk berkongsi dengan anda peluang ini. Ianya sungguh mudah!
Kembali ke atas
39) Mengapa pihak syarikat tidak menggaji pekerja untuk bertugas sebagai Konsultan Projek?
Pertamanya, ianya adalah mahal. Keduanya, ianya memerlukan kami untuk mempunyai ruang kerja yang lebih besar untuk memuatkan pekerja-pekerja ini. Akhir sekali, kami akan memerlukan pelaburan yang lebih besar untuk menampung kos overhed untuk menyokong satu kumpulan yang besar seperti itu. Tidak masuk akal untuk kami melantik pekerja-pekerja tetap sebegitu ramai sedangkan di seluruh dunia, semua pihak telah bertukar kepada “outsourcing”.
Kembali ke atas
40) Adakah anda mempunyai pejabat atau cawangan selain daripada di Kelana Jaya?
Ya. Tetapi cawangan-cawangan itu adalah untuk menjalankan perniagaan lain manakala pejabat kami di Kelana Jaya disediakan secara eksklusif untuk membantu ahli-ahli PABP.
41) Baiklah. Saya ingin menyertai program ini tetapi bolehkah saya meneruskan program ini sebagai Konsultan Projek Pelatih atau Konsultan Projek Junior setelah tamat tempoh yang diberikan?
Ya. Itu boleh diterima dan ianya merupakan hak anda. Bagaimanapun, anda perlu menurut syarat-syarat yang sama apabila anda ingin memperbaharui pendaftaran di tahap yang baru (sebagai contoh : membayar RM98.00 atau RM 398.00) apabila anda ingin memperbaharui keahlian anda. Tiada bayaran rujukan akan dibuat kepada pihak pengenal (introducer) anda di dalam situasi ini.
Kembali ke atas
42) Apakah perbezaannya di antara Mendapat Ganjaran dengan menjawab Kaji Selidik atas talian dengan Mendapat Ganjaran dengan mengagihkan Kaji Selidik atas talian?
Dibayar untuk menjawab kaji selidik atas talian adalah model biasa yang digunapakai oleh semua syarikat pengendali kaji selidik atas talian di mana anda akan dibayar apabila menjawab sesuatu kaji selidik (atas kesudian anda memberikan pandangan). Pada kebiasaanya, mereka akan membayar cuma sekali untuk satu kaji selidik. Ini kerana anda tidak dibenarkan untuk memberi jawapan yang berbeza untuk kaji selidik yang sama.
Berbeza pula dengan dibayar untuk mengagihkan kaji selidik, di mana akan dibayar hanya dengan menghantar kaji selidik atas talian kepada senarai responden yang kami sediakan. Sebaik sahaja mereka membalas kaji selidik itu, anda akan dibayar kerana menguruskan balasan mereka itu. Dalam scenario ini, anda boleh menggunakan kaji selidik yang sama sebanyak mana yang boleh selagi ianya sesuai dan diperlukan.
Kembali ke atas
43) Adakah kami perlu mengarang sendiri jemputan kaji selidik untuk setiap kaji selidik? Untuk setiap kaji selidik, adakah syarikat ini akan membekalkan borang kaji selidik yang berbeza?
1. Anda tidak diperlukan untuk mengarang sebarang emel kerana semua maklumat dalam emel yang perlu dihantar telah tersedia dalam kotak emel anda. Anda hanya perlu salin dan tampal (copy and paste) emel tersebut daripada pengkalan data yang disediakan kedalam ruangan yang tersedia di dalam panel kawalan. Selebihnya akan diuruskan oleh sistem kami.
2. Pada masa ini, kami mempunyai 5 kaji selidik atas talian dan akan memperkenalkan 2 lagi kaji selidik baru tidak lama lagi. Setiap kaji selidik adalah unik dan anda boleh memilih kaji selidik tersebut berdasarkan tahap kemasukan anda semasa pendaftaran. Jika anda ingin menukar tajuk kaji selidik, anda boleh berbuat demikian dengan menghantar permohonan secara rasmi kepada admin@pabp.biz . Jika diluluskan, pihak pentadbir sistem akan menukarkan kepada kaji selidik yang baru secara automatik.
Kembali ke atas
44) Kami dibenarkan untuk menghantar 10 jemputan kaji selidik setiap hari. Mengapakah kami dihadkan sedemikian rupa?
Kami berbuat demikian untuk mengelakkan kesesakan dalam sistem email dan internet. Kami sebaik mungkin ingin mematuhi undang-undang berkaitan “spamming” dan oleh itu, kami terpaksa menghadkan penggunaan sistem kepada para ahli.
Kembali ke atas
45) Sila terangkan tentang pembayaran. Bagaimanakah ia akan dilaksanakan? Bilakah kami akan dibayar? Bagaimanakah bayaran itu akan dibuat?
Bayaran akan dibuat dalam masa 14 hari dari tarikh balasan kaji selidik kesepuluh yang diterima dan pembayaran akan dibuat terus kedalam akaun Maybank. Pada peringkat awal, anda akan menerima bayaran dalam jangka masa 14 hari bekerja tetapi selepas itu ianya akan bergantung kepada kepatuhan anda menghantar jemputan kaji selidik yang disediakan. Bayaran boleh diterima dalam jangkamasa yang tetap jikapun bukan setiap hari.
46) Kebiasaanya, adakah setiap responden kaji selidik akan menjawab setiap kaji selidik yang dihantar kepadanya? Tidakkan mereka bertanggungjawab untuk menjawab sedangkan mereka telah mendaftar untuk menjadi responden kaji selidik? Jika mereka tidak menjawab kaji selidik yang telah dihantar, apakah tindakan lanjut yang perlu diambil?
Benar, mereka sebenarnya bertanggungjawab untuk membalas kaji selidik tersebut namun tiada apa yang boleh dibuat untuk memaksa mereka untuk menjawabnya. Walaubagaimanapun, kami percaya para responden akan berminat untuk membalas berdasarkan hadiah percuma yang kami tawarkan yang kebetulan amat menarik. Jika terdapat mana-mana responden yang menolak atau tidak menjawab jemputan kaji selidik yang dihantar tiga kali berturut-turut, secara automatik mengeluarkan nama-nama responden ini daripada pengkalan data syarikat.
Tambahan, adalah diingatkan bahawa bukan semua responden kaji selidik memiliki komputer peribadi ataupun akses internet di rumah ataupun di pejabat. Oleh itu, ada kebarangkalian responden kaji selidik membaca emel yang dihantar dalam jangkamasa yang tertentu dari kafe siber. Justeru, terdapat kemungkinan jemputan kaji selidik yang dihantar akan lewat dibalas.
Kembali ke atas
47) Adakah semua keahlian Konsultan Projek layak untuk mendapatkan pinjaman? Apakah jumlah minimum dan maximum pinjaman tersebut? Berapakah jangkamasa yang diperlukan untuk bayaran semula pinjaman itu?
Tidak. Buat masa ini, pinjaman hanya terbuka kepada Konsultan Projek Senior sahaja. Had minima pinjaman adalah RM2000.00 dan maksima adalah RM5000.00 sahaja. Tempoh pinjaman adalah diantara 2 hingga 10 tahun.
Kembali ke atas
48) Apakah jenama komputer peribadi atau notebook yang disediakan oleh pihak syarikat untuk Projek Konsultan Senior? Bagaimana pula dengan penyedia akses internet jalur lebar?
Jenama dan model berubah mengikut masa bergantung kepada stok dari pengedar serta adanya stok atau tidak. Ia juga bergantung kepada harga yang terbaik yang boleh diperoleh daripada pengedar. Namun, syarikat sentiasa membuat pembelian melalui pengedar jenama terkenal seperti Dell, Acer, Nuovo, Compaq dan lain-lain.
Penyediaan akses internet jalur lebar adalah amat bergantung kepada kedudukan kediaman anda. Kami boleh menyediakan perkhidmatan Streamyx, Celcom, Maxis atau Izzi dan lain-lain. Kami sentiasa memilih penyedia yang boleh memberikan perkhidmatan terbaik di kawasan anda. Kami juga akan memberi nasihat tentang penyedia ini dalam tempoh 24 jam selepas pendaftaran dan pembayaran dibuat.
Kembali ke atas
49) Adakah kami memerlukan jalurlebar untuk menyelesaikan sesuatu tugas dengan efisien? Tidak mencukupikah dengan hanya menggunakan sambungan “dial-up”?
Kami mengesyorkan penggunaan akses jalur lebar. Sambungan internet yang kuran gdari 256 kbps mungkin akan menyebabkan kelewatan dalam proses muat turun dan muat naik soalan-soalan kaji selidik. Walaubagaimanapun, ia adalah hak peribadi Konsultan Projek untuk memilih mana-mana akses internet serta kelajuan yang boleh didapati.
Kembali ke atas
50) Sebagaimana yang dimaklumkan oleh salah seorang rakan, beliau telah menjawab Kaji Selidik TMBP yang disediakan oleh PA Solutions dengan jayanya. Saya amat gembira dan terus menyemak status saya menggunakan ID dan kata laluan yang diberi. Malangnya, status pendapatan saya bertanda “0”. Mengapakah itu terjadi?
Untuk rekod, rakan anda tidak mendaftar sebagai Responden Kaji Selidik kami. Sila ambil perhatian, anda hanya dibenarkan untuk menghantar kaji selidik kepada rakan taulan setelah mereka mendaftar denga pihak kami sebagai responden kaji selidik. Selesai pendaftaran secara atas talian, kami akan mengesahkan permohonan dan apabila kami memberi tahu, anda boleh terus menghantarkan jemputan kaji selidik kepada mereka.
Kembali ke atas
Oleh kerana rakan anda belum mendaftar, status pendapatan anda akan menunjukkan “0”. Sila pastikan kesemua rakan anda mendaftar sebagai responden kaji selidik sebelum anda menghantar sebarang jemputan kaji selidik.
51) Bolehkah saya menukar kata laluan yang telah diberikan oleh PA Solutions?
Ya, anda adalah amat digalakkan untuk menukar kata laluan untuk akaun webmail anda tetapi bukan untuk panel kawalan. Kata laluan untuk panel kawalan anda adalah nombor ID PABP anda.
Kembali ke atas
52) Bagi responden kaji selidik yang berada di luar kawasan Lembah Klang, adakah mereka perlu datang ke Kelana Jaya untuk menebus hadiah yang dijanjikan?
Untuk tujuan penyemakan yang ketat, kami memerlukan semua tuntutan dibuat secara peribadi. Kami akan menyemak Kad Pengenalan atau Pasport sebelum memberikan sebarang hadiah. Adalah diingatkan nilai hadiah yang disediakan adalah agak bernilai dan oleh itu memerlukan semakan yang ketat untuk mengelakkan sebarang kes penipuan.
Kembali ke atas
53) Bolehkah tugas ini di jalankan secara separuh masa?
Ya, anda boleh. Sebenarnya, Program Perniagaan kami adalah untuk bertujuan memberi peluan kerja separuh masa.
Kembali ke atas
54) Bolehkah saya mempunyai akses ke ruangan ahli sebelum mendaftar untuk melihat bagaimana kaji selidik dijalankan?
Ya. Anda boleh melihat contoh borang kaji selidik dengan menggunakan DEMO sebagai login ke dalam Panel Login Ahli. Anda dikehendaki untuk menaip DEMO juga sebagai kata laluan. Apabila anda telah memasuki halaman utama panel kawalan, tekan butang “INVITE” dan hantar emel kepada diri sendiri. Setelah itu, anda akan menerima satu pemberitahuan bahawa emel telah berjaya dihantar. Anda boleh mengakses borang kaji selidik tersebut menggunakan alamat emel yang digunakan sebelum ini. Hanya buka emel, klik pada link kaji selidik yang disertakan dan jawab soalan-soalan tersebut. Cuma pastikan anda melengkapkan semua bahagian dengan maklumat yang sahih.
Kembali ke atas
55) Adakah menjadi satu kewajipan untuk menghadiri Preview PABP? Jika ya, bilakah waktu preview itu dijalankan dan di manakah ia akan diadakan?
Menghadiri preview yang dijalankan PABP bukanlah wajib dan hanya dilakukan sebagai satu peluang untuk ahli-ahli bertanya soalan serta mendapatkan jawapan. Kami telah cuba untuk menyediakan sebanyak mana maklumat yang mungkin di dalam laman web kami iaitu di http://www.pabp.biz . Tetapi, jika terdapat sesiapa yang mempunyai lebih banyak soalan atau memerlukan lebih maklumat, preview ini akan menjadi lebih bermanfaat serta amat digalakkan untuk individu-individu sedemikian.
Preview kami dijalankan setiap hari pada pukul 3 petang (Isnin – Jumaat )dan pada jam 11 pagi serta 2 petang setiap hari Sabtu. Semua preview yang telah dijadualkan akan dilaksanakan di pejabat kami di Kelana Center Point, Kelana Jata. Alamat penuh lokasi kami ada disertakan di dalam laman web kami http://www.pabp.biz .
Kembali ke atas
Jika anda tidak dapat menghadiri preview ini, sila hubungi talian bantuan untuk mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai PABP.
Kembali ke atas
56) Apakah perniagaan utama PABP?
PABP mempunyai pelbagai cabang perniagaan tetapi secara kesimpulannya, PABP adalah merupakan satu-satunya program perniagaan yang menyediakan anda dengan pelbagai peluang perniagaan di mana anda sendiri boleh menentukan berapa banyak wang yang ingin diperoleh, bila anda perlu bekerja dan dari mana anda bekerja. Kami juga merupakan satu-satunya program perniagaan yang membenarkan anda untuk memperolehi wang tanpa perlu berjumpa pelanggan, menjual apa-apa barang atau perlu meyakinkan sesiapa. Dengan sistem sokongan secara atas talian kami, semuanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja.
Kembali ke atas
57) Apakah barangan serta perkhidmatan yang kami boleh tawarkan sebagai seorang “Reseller” di dalam PABP?
Sila login ke dalam Ruangan Ahli menggunakan DEMO sebagai ID dan juga kata laluan. Apabila anda sudah berada di panel kawalan utama, klik pada “Products & Services”. Ikon yang tertera akan merujuk kepada pelbagai rangkaian produk serta perkhidmatan yang dibenarkan untuk tujuan promosi dan bagi anda memperolehi
Kembali ke atas
58) Sekiranya emel yang dihantar telah ditolak atau pun tidak sah, adakah pihak syarikat akan menggantikan dengan pangkalan data email yang baru?
Ya, jika ada di antara emel yang dihantar itu telah ditolak (bounce) kerana alamat emel tersebut tidak sah, kami akan menggantikan alamat-alamat emel tersebut secepat yang mungkin.
Kembali ke atas
59) Secara amnya, di peringkat manakah kebanyakan Konsultan Projek menyertai program ini?
Di peringkat Pelatih, kebanyakkannya disertai oleh para pelajar dan suri rumahtangga. Peringkat Junior lebih disertai oleh golongan muda, mereka yang baru bekerja dan warga emas. Peringkat Senior pula disertai oleh usahawan yang benar-benar serius, mereka yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran dan mereka yang mempunyai kenalan yang ramai. Baru-baru ini kami menerima permintaan yang lebih untuk Konsultan Projek Senior setelah skim pinjaman diadakan.
Kembali ke atas
60) Berapakah purata kadar maklumbalas daripada kaji selidik yang diterima oleh Konsultan Projek untuk Kaji Selidik Atas Talian TMBP ini?
Pada masa ini, kadar balasan adalah begitu subjektif dan berbeza untuk setiap Konsultan Projek. Sebagai contoh, kami mempunyai Konsultan Projek yang menerima di antara 60 - 70 % kadar balasan setiap bulan dan ada juga yang menerima di antara 20 - 30 % kadar balasan setiap bulan. Kadar balasan ini amat bergantung kepada jenis pengkalan data emel yang diterima oleh Konsultan Projek dari masa ke semasa. Oleh kerana penggunaan internet serta pemilikan komputer peribadi adalah amat rendah di kalangan rakyat Malaysia, kebanyakkan mereka tidak menyemak emel mereka dengan kerap. Oleh yang demikian, terdapat kes-kes tertentu di mana balasan adalah amat rendah akibat responden tidak menyedari akan jemputan melalui emel yang telah dihantar kepada mereka.
Kembali ke atas
61) Apakah proses seterusnya selepas Responden Kaji Selidik menjawab jemputan untuk menyertai sesuatu kaji selidik? Adakah saya akan dibayar secara serta-merta?
Kami biasanya akan mengesahkan maklumat yang diterima daripada responden kaji selidik dalam masa 5 hari bekerja. Dalam proses pengesahan, kami akan memastikan maklumat peribadi yang diberikan adalah benar sebelum kami memulakan pengesahan soalan kaji selidik secara rawak. Proses ini akan mengambil masa antara 15 hingga ke 20 minit. Selepas pengesahan dibuat, responden kaji selidik akan diminta untuk menuntut hadiah percuma. Setelah selesai proses ini, kami akan mengemaskinikan jemputan anda sebagai berjaya dan bayaran akan diproses.
Kembali ke atas
62) Adakah pihak syarikat menjalankan pengesahan kaji selidik semasa hari bekerja, hujung minggu atau selepas waktu kerja?
Pada kebiasaannya, kami menjalankan proses pengesahan hanya semasa hari bekerja dan pada waktu bekerja sahaja.
Kembali ke atas
63) Adakah kami perlu memberitahu pihak syarikat maklumat berkenaan kenalan kami sebelum kami menghantar jemputan kaji selidik kepada mereka?
Harus diingatkan bahawa jika seseorang yang menjawab mana-mana kaji selidik yang dihantar TANPA BERDAFTAR dengan pihak syarikat, kaji selidik tersebut akan dianggap tidak sah dan tidak akan diterima. Semua responden hanya dibenarkan untuk menjawab kaji selidik yang sama sebanyak SEKALI sahaja. Sila pastikan semua kenalan anda berdaftar dengan kami sebagai responden kaji selidik dengan kadar secepat yang mungkin.
Kembali ke atas
\64) Bagaimanakah pihak syarikat anda mendapat keuntungan melalui program perniagaan ini?
Pacific Alliance Solutions Sdn. Bhd adalah sebuah syarikat perunding sejak ditubuhkan pada tahun 1974. Kami meraih pendapatan melalui pelbagai cara melalui program perniagaan kami tetapi saluran utama ialah melalui pengedaran kaji selidik yang kami lakukan bagi pihak pelanggan kami. Sebagai contoh, melalui kaji selidik atas talian mahupun secara bersemuka, kami akan menerima komisen daripada pihak pelanggan untuk setiap satu kaji selidik yang dikembalikan secara menyeluruh dan yang dijalankan dengan benar. Setiap kaji selidik yang dikembalikan kepada kami secara online (terus daripada responden) mahupun offline (melalui konsultan projek) akan diperhalusi dan akan dijalankan pengesahan fasa pertama oleh pihak kami dan responden ataupun kaji selidik yang diluluskan akan dihantarkan kepada pihak pelanggan kami untuk pengesahan fasa kedua dimana selepas pengesahan dan kelulusan pihak pelanggan akan mempelawa responden untuk menebus hadiah yang ditawarkan (sebagai contoh Percutian Percuma) terus daripada pejabat pelanggan kami. Sejurus selepas pengesahan dan kelulusan seorang responden ataupun kaji selidik tersebut, pihak kami akan mengeluarkan invois kepada pihak pelanggan kami dan pembayaran akan dibuat terus kepada kami untuk setiap responden yang diluluskan dan yang menerima hadiah yang berkenaan. Pihak kami tidak akan menerima sebarang pembayaran untuk kaji selidik ataupun responden yang gagal menerima kelulusan oleh pihak pelanggan kami. Secara lazimnya, syarikat kami akan menerima diantara RM25 hingga RM50 untuk setiap kaji selidik ataupun responden yang diluluskan dan yang menerima hadiah masing-masing.
Sebagai tambahan, pihak syarikat memperolehi pendapatan sebagai Pengedar Utama, Pengedar, Reseller, Rakan Kongsi, Ejen serta lain-lain untuk pelbagai bentuk produk dan perkhidmatan di mana kami menerima komisen secara langsung atau tidak langsung berdasarkan produk, perkhidmatan atau jumlah jualan yang dijana setiap bulan. Walaupun produk-produk kami tidak bersangkut secara langung dengan PABP, akan tetapi sebagai seorang ahli, konsultan projek kami dibenarkan menjual sebarang produk yang ditawarkan pihak kami untuk menjana pendapatan sampingan diatas pendapatan yang diperolehi melalui pengedaran kaji selidik-kaji selidik kami.
Untuk pengetahuan anda, kami tidak mendapat sebarang untuk melalui pendaftaran serta bayaran keahlian yang dikumpul daripada Konsultan Projek. Ini adalah kerana bayaran yang dikenakan akan digunakan untuk melunaskan kos yang terlibat dalam penyediaan laman web Konsultan Projek, emel, hosting, pembelian pengkalan data, penyelenggaraan, pembelian pakej produk yang diberi semasa pendaftaran serta lain-lain kegunaan.
Kembali ke atas
65)Keahlian 1 bulan PABP saya sudah tamat tempoh. Adakah perlu saya membayar semula untuk sambung keahlian untuk tempoh sebulan lagi?
Ya. Sekiranya anda berminat hendak meneruskan keahlian untuk mana-mana pakej konsultan projek,anda dikehendaki membayar yuran keahlian sebelum pihak syarikat boleh mengaktifkan semula akaun anda itu .Walaubagaimanapun, status “reseller” serta alamat emel anda akan tetap aktif boleh digunakan walaupun selepas tamat tempoh keahlian PABP.
Kembali ke atas
66)Kenapa saya menerima respon yang agak rendah daripada responden kaji selidik yang disediakan oleh pihak syarikat?
Untuk makluman anda, pangkalan data yang kami bekalkan adalah himpunan pangkalan data yang mengandungi nama dan/atau emel yang diperolehi daripada syarikat-syarikat yang menjual/mendapatkan pangkalan data, pelanggan-pelanggan dan sebagainya. Pengkalan data ini disediakan hanya semata-mata untuk anda sebagai langkah permulaan untuk memulakan karier anda didalam program keusahawanan ini. Walaubagaimanapun, anda diingatkan supaya tidak terlalu bergantung 100% kepada pangkalan data yang dibekalkan.
Untuk pengetahuan anda, pangkalan data yang dibekalkan mengandungi himpunan alamat-alamat emel orang yang anda tidak kenali. Oleh itu, responden mungkin memilih untuk tidak membalas emel tersebut. Tambahan pula, kebanyakan rakyat Malaysia secara umumnya tidak memeriksa emel masing-masing dengan kerap disebabkan pelbagai alasan termasuklah tidak mempunyai komputer dan internet di rumah. Oleh itu, apabila seseorang memeriksa emel, beliau mungkin akan mendapati terlalu banyak emel yang tidak berfaedah, dan terus memadam emel-emel tersebut tanpa menapis atau membacanya terlebih dahulu. Akibatnya, responden kaji selidik berkemungkinan akan memadam jemputan kaji selidik secara sedar atau tidak.
Berdasarkan alasan yang telah disebut di atas, kami menggalakkan anda sebagai konsultan projek menghantar jemputan kepada kenalan anda sendiri (sebagai contoh, kawan, saudara dan sebagainya) yang berkemungkinan besar akan lebih berminat untuk menjawab jemputan kaji selidik yang bakal dihantar. Sila pastikan agar kenalan anda mendaftar terlebih dahulu melalui borang atas talian (online registration form) untuk memastikan anda sebagai konsultan projek layak menerima bayaran dan responden kaji selidik menerima hadiah percuma dari pihak PABP.
67)“Down-liner” (rakan dan kenalan yang dirujuk) saya tidak dapat menyertakan nama saya di dalam borang pendaftaran atas talian dan kadangkala apabila mereka menyertakan nama saya, ianya tidak dipaparkan di dalam panel kawalan keahlian saya di bawah “Rujukan”. Bolehkah masalah ini diatasi?
Terima kasih untuk pertanyaan anda dan kami telah memperbetulkan kesilapan ini bermula 13 Februari 2008. Harap maklum, masalah itu telah berpunca akibat kesilapan teknikal (time-lapse error) di mana apabila rangkaian “down-line” konsultan projek cuba memilih/menaip nama konsultan projek menggunakan senarai nama konsultan projek yang dipaparkan, tetapi senarai nama akan hilang dalam beberapa saat (time-lapse). Namun, perkara ini juga telah diperbetulkan. Kedua, terdapat ramai ahli kami mempunyai nama yang hampir sama, dimana bila seseorang “down-liner” menaip nama anda sebagai calon rujukan tetapi bukan menggunakan nama penuh, sistem kami akan memadankan nama tersebut kepada nama yang paling hampir yang terkandung didalam pangkalan data. Perkara ini juga telah diperbetulkan.
Kembali ke atas
68)Saya telah mendaftar pada 12hb Februari 2008 dan membuat pembayaran sebanyak RM698.00 melalui PBebank ke akaun Maybank2u. Bila agaknya saya akan mendapat pakej keahlian saya?
Terima kasih untuk bayaran anda. Harap maklum bahawa segala transaksi/pemindahan wang atas talian daripada bank lain (selain Maybank) ke dalam akaun Maybank2u akan mengambil masa selama 2 hari bekerja untuk bank tersebut mengkreditkan pembayaran anda kepada akaun kami. Untuk pengetahuan anda, pihak kami akan memproses dan manghantar pakej keahlian anda dalam masa 2 hari bekerja selepas pembayaran anda dikreditkan ke akaun syarikat kami.
Kembali ke atas
69)Pada 24hb Januari 2008, saya telah membuat pembayaran melalui Mesin Deposit Wang Tunai (Cash Deposit Machine) Maybank, tetapi sehingga hari ini (13hb Februari 2008) saya masih lagi belum menerima pakej keahlian saya. Kenapa syarikat mengambil tempoh yang begitu lama untuk memproses keahlian saya?
Terima kasih untuk bayaran anda. Pihak kami memohon maaf atas kelewatan yang anda alami tetapi untuk makluman anda, kami tidak pernah menerima sebarang pengesahan/bukti daripada pihak anda sehingga hari ini (iaitu 13 Februari 2008). Sila ambil perhatian, apabila membuat pembayaran melalui mesin deposit wang tunai Maybank, anda akan menerima satu slip/resit pengesahan deposit anda. Slip tersebut hendaklah di hantar kepada kami melalui faks atau emel bersama-sama dengan nama penuh serta nombor kad pengenalan anda. Dengan cara ini,membolehkan pihak syarikat kami mengesahkan pembayaran anda dan memproses permohonan keahlian anda.
Kembali ke atas
70)Saya ingin membayar melalui Maybank2u.com. Apakah yang perlu saya lakukan untuk memastikan pihak syarikat tahu akan status pembayaran berkenaan?
Sila pastikan anda menyertakan alamat emel kami apabila melakukan sebarang pembayaran (3rd party payment transfer) kepada akaun Pengarah Urusan kami iaitu zarif@pasolutions.com.my.
Kembali ke atas
(Sila ambil perhatian bahawa halaman Soalan-Soalan Lazim ini akan selalu dikemaskini untuk memberi maklumat terkini kepada anda berkaitan dengan soalan-soalan yang sering ditanya kepada talian bantuan kami. Kami berbangga kerana dapat menyediakan maklumat ini dan akan terus meletakkan soalan-soalan baru secepat yang boleh)
* Sila “klik di sini ”; untuk memberikan sebarang bentuk pendapat berkaitan Soalan-soalan Lazim yang tertera di laman ini atau jika anda mempunyai sebarang kemusykilan yang belum dijawab oleh mana-mana soalan di atas. Kami akan merujuk kepada anda dalam kadar secepat yang mungkin. Terima kasih.
|