Apa itu Responden Kaji Selidik?Responden Kaji Selidik adalah seseorang yang telah menyertai Program Perniagaan Pacific Alliance (Pacific Alliance Business Programme – PABP) dengan menerima segala terma-terma serta syarat-syarat yang mana semua jemputan kaji selidik yang dihantar kepada Responden Kaji Selidik oleh pihak Konsultan Projek akan diterima dan dilengkapkan tanpa sebarang kelewatan, penipuan dan/atau memberi sebarang tanggapan yang salah. Sila "klik di sini " untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan Konsultan Projek Seorang yang bergelar Responden Kaji Selidik PABP adalah merupakan seseorang yang istimewa, mempunyai pendapat-pendapat yang bernas, berintegriti dan bermaruah. Ini adalah benar kerana Responden Kaji Selidik PABP sentiasa menerima sebarang jemputan kaji selidik, melengkapkan mana-mana kaji selidik yang diterima, menghantar semula kaji selidik yang telah dilengkapkan secepat yang mungkin, tidak memberikan pendapat atau maklumat untuk tujuan memberikan tanggapan yang salah berkaitan pendapatt atau pun maklumat, tiada cubaan untuk menipu maklumat berkaitan peribadi dan tidak mencuba untuk menipu atau membuat tuntutan palsu terhadap PABP atau kepada pihak syarikat. Responden Kaji Selidik TIDAK DIBAYAR untuk melengkapkan mana-mana kaji selidik tetapi akan diberi ganjaran berupa hadiah percuma yang disediakan oleh pihak PABP atau pun oleh pihak klien. Ini merupakan ciri-ciri unik Program Perniagaan Pacific Alliance ini. Di dalam kebanyakkan sistem kaji selidik atas talian, responden kaji selidik akan dibayar secara terus untuk setiap kaji selidik yang dihantar. Mungkin di luar kesedaran anda, kami ingin menerangkan bahawa anda sebagai seorang Responden Kaji Selidik tidak dibenarkan untuk menjawab mana-mana satu kaji selidik lebih dari sekali. Secara logiknya, ini bermakna anda hanya akan dibayar sekali sahaja. Namun, Program Perniagaan Pacific Alliance akan membayar Konsultan Projek (orang tengah) untuk setiap satu kaji selidik yang diedarkan secara atas talian/bukan atas talian bagi pihak syarikat. Dalam soal ini, sebagai seorang Konsultan Projek, mereka tidak akan menjawab mana-mana soalan kaji selidik tetapi mereka akan mengedarkan kaji selidik tersebut secara atas talian dan bukan atas talian. Oleh itu, seorang Konsultan Projek akan dibayar lebih daripada sekali dan seringkali dibayar agak lumayan sehingga mereka cukup yakin untuk meninggalkan pekerjaan tetap mereka. Walaubagaimanapun, kami sama sekali tidak menggalakkan perkara ini. Sila "klik di sini " untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan Konsultan Projek Oleh yang demikian, jika anda berminat untuk melengkapkan sesuatu jemputan kaji selidik, anda diingatkan agar mendaftar sebagai Responden Kaji Selidik PABP dahulu, yang mana jika anda gagal berbuat demikian, kaji selidik yang telah dilengkapkan akan dianggap batal. Apabila sesuatu kaji selidik telah dilengkapkan oleh seseorang yang tidak berdaftar dengan PABP, tuntutan hadiah percuma yang akan dibuat oleh orang berkenaan tidak akan dilayan oleh pihak PABP dan tiada bayaran akan dibuat kepada Konsultan Projek yang mengedarkan kaji selidik yang terbatal itu . PABP tidak menghadkan seseorang Responden Kaji Selidik daripada mendaftar sebagai Responden Kaji Selidik DAN sebagai Konsultan Projek. Kedua-duanya adalah penting di dalam PABP di mana Konsultan Projek membantu mengedarkan kaji selidik-kaji selidik yang telah disediakan. Sebagai Responden Kaji Selidik pulan, seseorang itu akan membantu dengan memberikan maklumbalas yang bernilain berkaitan dengan kaji selidik tertentu yang dijalankan dari masa ke semasa. PABP tidak mampu untuk berfungsi secara efektif tanpa adanya kedua-dua pihak ini. Sila "klik di sini " untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan Konsultan Projek Semua Responden Kaji Selidik yang berpotensi adalah diingatkan bahawa TIADA YURAN PENDAFTARAN yang perlu dibayar kepada pihak syarikat jika anda berminat untuk mendaftar sebagai Responden Kaji Selidik PABP. Pendaftaran baru boleh dilakukan melalui atas talian dan pengesahan pendaftaran akan dihantar dalam beberapa minit selepas menghantar permohonan. Semua pemohon baru adalah digalakkan untuk mengenalpasti siapa perujuk (referrer) anda (jika ada) semasa melengkapkan permohonan atas talian untuk tujuan rekod dan pengesanan. Akhir sekali, sila hubungi talian bantuan kami pada bila-bila masa (sepanjang waktu bekerja) untuk mendapatkan penerangan berkaitan pendaftaran anda, jemputan kaji selidik, tuntutan hadiah percuma dan lain-lain. Kami menghargai segala sokongan anda serta maklumbalas yang diberikan. Sila "klik di sini" untuk mendaftar sebagai Responden Kaji Selidik PABP. Sila “klik di sini" untuk mendapat lebih banyak maklumat berkaitan memperoleh peluang pendapatan berbilang dan Manfaat ahli sebagai Konsultan Projek. Senarai Kaji Selidik PABP Yang Terkini Kaji Selidik Perolehan Pelanggan Telekom Malaysia Kaji selidik ini dijalankan untuk mancari pelanggan-pelanggan baru bagi perkhidmatan TM Talian Tetap, TM Streamyx dan TM Smart Call Kelayakan: Terbuka kepada semua Responden Kaji Selidik yang berdaftar yang berminat untuk mendaftar perkhidmatan baru bagi Talian Tetap, Streamyx dan Smart Call HADIAH PERCUMA Pendaftaran Streamyx dan RM 30.00 boucher Kaji Selidik Kesedaran Pasaran Perniagaan Kaji selidik ini adalah bertujuan untuk mencari maklumbalas dari Komuniti Perniagaan berkaitan dengan tahap kefahaman mereka mengenai kewujudan geran-geran, pinjaman mudah dan lain-lain, strategi pemasaran global, peruntukan tahunan untuk promosi dan pemasaran, kewujudan pemasaran secara atas talian dan lain-lain. Kelayakan: Terbuka kepada semua syarikat berdaftar di Malaysia, terutamanya syarikat yang dibawah kategori SMI dan SME. HADIAH PERCUMA Rekabentuk laman web khas, emel, hosting, penyelenggaraan, bantuan teknikal, pengurusan isi kandungan dan pakej enjin carian “optimization” yang bernilai RM3000.00 setahun. Kaji Selidik Kesihatan Peribadi dan Gaya Hidup Kaji selidik ini adalah kaji selidik secara umum untuk mengumpul maklumbalas orang ramai berkaitan kepentingan kesihatan peribadi serta amalan gaya hidup Kelayakan: Terbuka kepada semua rakyat Malaysia termasuk Warganegara Asing yang menetap di Malaysia bersama dokumen yang sah. HADIAH PERCUMA Penilaian Perubatan Percuma di Pusat Perubatan Swasta Kaji Selidik Cuti-Cuti Malaysia Kaji selidik ini merupakan kaji selidik secara umum untuk mengumpul maklumbalas mengenai keperluan berkaitan pelancongan dan minat di kalangan Responden Kaji Selidik. Kelayakan: Terbuka kepada semua rakyat Malaysia termasuk Warganegara Asing yang menetap di Malaysia bersama dokumen yang sah. HADIAH PERCUMA Penginapan 2 Hari 1 Malam di Resort Percutian Bertaraf 5 Bintang Kaji Selidik Kesedaran Pelaburan Peribadi Kaji selidik ini merupakan satu kaji selidik secara umum untuk mengumpul maklumbalas berkaitan pengurusan kewangan peribadi serta tabiat pelaburan di kalangan Responden Kaji Selidik. Kelayakan: Terbuka kepada semua rakyat Malaysia termasuk Warganegara Asing yang menetap di Malaysia bersama dokumen yang sah. HADIAH PERCUMA Perisian Pengurusan Kewangan Peribadi serta Seminar Pengurusan Perniagaan Kaji Selidik Pemeringkatan Pasca Pilihanraya Kaji selidik ini merupakan satu kaji selidik secara umum yang dijalankan sebaik sahaja pilihanraya tamat untuk mengumpul maklumbalas berkaitan dengan keberkesanan serta kepuasan hati mengenai proses pilihanraya umum. Kelayakan: Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas HADIAH PERCUMA Tiada buat masa ini |
||